Tuesday 28 August 2018

Brake Pad dan Brake Lining





Produk terbaharu kami - brake pad dan brake lining untuk semua jenis kereta tempatan. Qualiti kami di iktiraf oleh Sirim.
Ayuh tunggu apa lagi!
Tempahan boleh secara penghataran pos laju dan COD di kawasan lembah klang.

Monday 14 March 2016

Demo dan Taklimat di Alam Megah, Shah Alam

Satu taklimat dan demo telah diadakan di workshop Bukit Lanchong, Alam Megah Shah Alam baru-baru ini... Pemilik workshop tersebut iaitu En. Ishak amat berpuas hati dengan demo dan taklimat yang diberikan oleh pihak kami dan bersetuju untuk menjadi dealer QUANTUM...

Alhamdulillah, pasaran semakin berkembang... Terimakasih atas sokongan anda semua !!!




Karnival ZFest, Melaka

Kami berkesempatan menyertai Karnival ZFest di Ayer Keroh, Melaka di mana sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. 
Karnival ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan khas iaitu artis dan pelawak terkenal, Zizan Razak... Beliau juga telah meluangkan masa untuk menyaksikan demo minyak di booth kami...
Di karnival ini juga kami telah melantik agent bagi kawasan Melaka iaitu En. Abd Halim dan En. Shazli...






Penghantaran ke Stokis di Sri Iskandar


Alhamdulillah... Sebanyak 25 carton minyak QUANTUM telah dihantar kepada Stokis kami di Sri Iskandar, Perak... 
Untuk makluman, Stokis kami di Sri Iskandar ini ialah En. Reza yang bekerja di UiTM Perak dan menjalankan perniagaan ini secara separuh masa sahaja.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan stok di kawasan Sri Iskandar, Manjung dan juga Ipoh boleh menghubungi beliau di talian 013-2290477...





Thursday 10 March 2016

Special Briefing

Satu sesi briefing atau penerangan khas telah dibuat kepada pelanggan kami yang berminat untuk memasarkan minyak enjin atas jenama sendiri iaitu AMD Voraus lubricant. 

Sebanyak 10 kotak telah dihantar semasa pembelian pertama di mana mereka menggunakan Fully Sintetik 0W-40 SN/CI-4 yang sememangnya sesuai untuk kereta continental seperti BMW, Mercedes, Audi dan sebagainya...




Sesi Taklimat dan Penerangan

Kami telah menjemput beberapa pemilik bengkel di sekitar Lembah Klang untuk mendengar Sesi Taklimat dan Penerangan berkenaan minyak enjin QUANTUM.

Sesi Taklimat dan Penerangan ini dibuat di pejabat kami baru-baru ini... lebih kurang 7 atau 8 pemilik bengkel hadir dan berminat untuk menjadi dealer/agen QUANTUM.




Karnival Teksi di Bukit Jalil

Sambutan menggalakkan dari pemandu teksi sekitar Lembah Klang di Karnival Teksi 1 Malaysia, Bukit Jalil.. Seperti biasa, sesi penerangan dan demo minyak ditunjukkan kepada pengunjung booth kami... Untuk makluman, kami mengeluarkan produk Sintetik NGV 10W-50 dan Semi Sintetik NGV 20W-50 untuk pelanggan yang menggunakan enjin NGV khasnya kepada pemandu teksi.