Wednesday, 20 November 2013

Pengguna Setia Produk Quantum : Bro Fadil Sulaiman

En. Padel bersama produk Quantum 20W-50 Semi Sintetik (FFT)

En. Fadil telah menggunakan produk Quantum 20W-50 Semi Sintetik (FFT) untuk kereta Proton Waja beliau sejak setahun yang lalu. Bermula dari November 2012 sehingga sekarang, beliau telah empat kali berturut-turut menggunakan Quantum 20W-50 Semi Sintetik (FFT). Menurutnya, sejak menggunakan minyak Quantum, enjin kereta beliau lebih senyap dan lancar semasa pemanduan di jalanraya. Malah penggunaan petrol juga lebih menjimatkan berbanding sebelum ini walaupun beliau berulang-alik dari rumah ke tempat kerja meredah kesesakan lalu lintas dari Desa Petaling ke ibu kota pada setiap hari.

Sunday, 17 November 2013

KARNIVAL KOPERASI WILAYAH PERSEKUTUAN 2013

Kami telah dijemput untuk menyertai Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 yang diadakan di Medan Tuanku, Jalan TAR, Kuala Lumpur pada 11-13 November yang lalu.

Bagi karnival yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada kali ini, kami bernaung di bawah 'booth' Koperasi Pengusaha Bengkel Kenderaan Malaysia Berhad.

Di karnival ini kami mengadakan sesi pameran dan jualan diskaun produk-produk QUANTUM di samping 'Live Demo' tentang keberkesanan dan perbezaan minyak enjin QUANTUM dengan jenama-jenama lain di pasaran. 

Kami juga memberi penerangan serba sedikit kepada orang ramai yang melawat 'booth' kami berkenaan klasifikasi dan spesifikasi minyak enjin yang terdapat di pasaran. Ini penting untuk memberi kesedaran kepada pengguna supaya mereka lebih bijak memilih minyak enjin yang berkualiti dengan harga bersesuaian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Pengarah Urusan, Koperasi Pengusaha Bengkel Kenderaan Malaysia Berhad.

Antara produk-produk Quantum yang dipamerkan.








Kesimpulannya, karnival ini banyak manfaatnya kepada kami dari segi memperkenal dan meluaskan jenama QUANTUM kepada para pengguna terutamanya 'end user'.